Make your own free website on Tripod.com

 

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PEKAN
26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

 

Rounded Rectangle: Pengenalan

Pejabat Pelajaran Daerah Pekan terletak di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Pekan.
Jaraknya hanya 500 meter dari Bandar Pekan dan 50 Km dari Bandar Kuantan.

Terdapat hanya 12 buah sekolah menengah dan 44 buah sekolah rendah di bawah pentadbiran PPD Pekan.

PPD Pekan mempunyai seramai 18 orang pegawai ikhtisas dan 16 orang staf sokongan. Pegawai Pelajaran
Daerah Pekan ialah Encik Zulkifly bin Mohd. Wazir, AMP.
Rounded Rectangle: Wawasan

Rounded Rectangle: Misi

 

 

Membangunkan sistem Pendidikan Rendah dan Menengah yang berkualiti bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, dan sosial berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara selaras dengan matlamat menjadikan Daerah Pekan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan

 

 

PERANCANGAN PENDIDIKAN DAERAH PEKAN BERTUJUAN UNTUK;

1.         MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MELALUI PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
            KEGURUAN

2.         MENCAPAI PENINGKATAN BERTERUSAN 5% SETIAP TAHUN DALAM SEMUA PEPERIKSAAN

3.         MENCAPAI KELULUSAN 100 % DALAM SEMUA MATA PELAJARAN DAN 30% PELAJAR MENDAPAT
            CEMERLANG BAGI SEMUA SEKOLAH

4.         MELAHIRKAN PELAJAR CELIK TEKNOLOGI, PERHUBUNGAN, DAN INFORMASI ( ICT )

5.         MELAHIRKAN PELAJAR YANG CERGAS, CERDAS DAN BERTAQWA SERTA BERTANGGUNGJAWAB KEPADA
            DIRI SENDIRI, RAKAN SEJAWAT, SEKOLAH, DAN MASYARAKAT

6.         MEMBANTU MEWUJUDKAN BUDAYA SEKOLAH PENYAYANG (CARING SCHOOL CULTURE) DAN SEKOLAH
            SELAMAT YANG MERANGSANG PENGAJARAN & PEMBELAJARAN.
7.         MELAHIRKAN LEBIH BANYAK SEKOLAH “HARAPAN NEGARA”.