Make your own free website on Tripod.com

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI-PEGAWAI

PENYELIA PENDIDIKAN DAERAH

 

 

1.         BIDANG TUGAS AM

 

1.1.            Bertanggungjawab kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah dan membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran sebagaimana yang diarahkan.

 

 

2.                  PERANCANGAN  PEMBANGUNAN / BEKALAN

 

2.1.            Membantu urusan penyelenggaraan yang kurang dari RM 5,000.00

             2.2.            Membantu penyelarasan pesanan/bekalan perabot dan menyemak stok bekalan.

 

 

3.                  PENYELIAAN SEKOLAH

 

3.1.            Penyeliaan dan pengawasan keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perjalanan harian sekolah.

 

3.2.            Mengumpul data-data pendidikan dan urusan yang berkaitan dengannya termasuk penyata-penyata lain yang berkaitan.

 

3.3.            Pengawalan penempatan, pengesahan pendaftaran dan pertukaran murid dalam daerah dan antara daerah/negeri.

 

3.4.            Penyelaras upacara-upacara rasmi sekolah seperti Hari Ucapan, Sukan Tahunan, Mesyuarat Agong PIBG dan Hari Guru di Sekolah Rendah.

 

3.5.            Mengawas latihan mengajar guru-guru dalam latihan.

 

3.6.            Mengawasi disiplin guru.

 

3.7.            Menjalakan tindak ikut  Jemaah Nazir Persekutuan.

 

 

 

 

 

 

 

 

4.                  KOKURIKULUM

 

4.1.            Penyelarasan upacara-upacara Rasmi Peringkat Sekolah/Daerah seperti berikut:

 

4.1.1.      Hari Ucapan / Hari Terbuka.

 

4.1.2.      Hari Guru

 

4.1.3.      Hari Kebangsaan

 

4.1.4.      Hari Keputeraan Ke bawah DYMM Sulatan.

 

\

5.                  KURIKULUM

 

5.1.            Pengawasan dan pemeriksaan sekolah mengenai pengajaran dan pembelajaran serta menentukan Peraturan Kursus Pengajian Sekolah, Sukatan Pelajaran, Jadual Waktu dan lain-lain arahan Kementerian/Jabatan Pendidikan Dilaksanakan.

 

5.2.            Pengawasan terhadap Jawatankuasa Sekolah.

 

5.3.            Pengelolaan projek kecik kurikulum.

 

5.4.            Pengurusan Pertandingan Pameran Pendidikan.

 

5.5.            Menjalankan tindak ikut Jemaah Nazir Sekolah.

 

5.6.            Penyelarasan Projek Kurkulum Baru Sekolah (KBSR).

 

\

6.                  TUGAS TAMBAHAN

 

6.1.            Menyelaraskan lawatan orang kenamaan atau pegawai Kementerian Pendidikan ke sekolah dan daerah.

 

6.2.            Menguruskan hal-hal kemudahan alat-alat dan keselamatan pejabat.

 

6.3.            Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh PPD dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

PENYELIA SEKOLAH MENENGAH (PPPLD DGA32)

 

1.         BIDANG TUGAS AM

 

 

1.1.            Bertanggungjawab kepada PPD dan Penolong PPD dan membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran sebagaimana yang diarahkan.

 

 

2.                  PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH / GURU

 

2.1.            Kelulusan menerbitkan majalah-majalah.

 

2.2.            Kelulusan permohonan logo / lencana.

 

2.3.            Kelulusan permohonan lagu sekolah.

 

 

3.                  PENYELIAAN SEKOLAH

 

3.1.            Penyeliaan dan pengawasan keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perjalanan harian sekolah.

 

3.2.            Mengumpulkan data-data pelajaran dan urusan yang berkaitan dengannya termasuk penyata-penyata yang lain.

 

3.3.            Pendaftaran serta pertukaran murid dalam dan antara daerah dan negeri.

 

3.4.            Mengawasi disiplin guru.

 

3.5.            Mengawasi latihan mengajar guru-guru dalam latihan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.                  PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

 

4.1.            Analisa maklumat dan data-data mengenai keputusan peperiksaan dan menyampaikan kepada pihak yang tertentu.

 

4.2.            Menyampaikan penyata keputusan peperiksaan calon persendirian.

 

4.3.            Melawat dan menyelia pusat-pusat peperiksaan bagi menentukan kelicinan perjalanan peperiksaan dan keselamatan.

 

 

5.                  KOKURIKULUM

 

5.1.            Penyeliaan dan penyelarasan kegiatan-kegiatan Ko-Kurikulum seperti berikut:

 

5.1.1.      Persatuan-persatuan sekolah

 

5.1.2.      Koperasi sekolah.

 

 

5.2.            Pengurusan pertandingan-pertandingan anjuran Kementerian, Jabatan Pendidikan dan badan-badan tertentu seperti berikut:-

 

5.2.1.      Bahas

 

5.2.2.      Lukisan

 

5.2.3.      Karangan

 

5.2.4.      Kebersihan sekolah

 

5.2.5.      Lain-lain.

 

6.                  TUGAS TAMBAHAN

 

6.1.            Penyediaan Laporan Tahunan Daerah.

 

6.2.            Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh PPD dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM (PPPLD DGA32)

 

1.         \BIDANG TUGAS AM

 

1.1.            Bertanggungjawab kepada Pegawai  Pendidikan Daerah dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah dan membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran sebagaimana yang diarahkan.

 

1.2.            Membantu hal-hal pentadbiran dan pengurusan sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

 

 

2.                  HAL EHWAL MURID

 

2.1.            Penyeliaan kebersihan sekolah, kantin dan murid-murid termasuk peraturan-peraturan mengenai kebersihan.

 

2.2              Penyelarasan dan penyeliaan pentadbiran Biasiswa Persekutuan, Biasiswa Negeri Pahang, Biasiswa Pra Universiti dan lain-lain bantuan.

 

\

3.                  PENYELIAAN SEKOLAH

 

3.1.            Perakuan pertukaran guru-guru agama di peringkat daerah.

 

3.2.            Penyelesaian masalah-masalah dan aduan mengenai dengan agama.

 

3.3.            Mengesan latar belakang dan kegiatan guru-guru agama.

 

3.4.            Meninjau urusan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.

 

3.5.            Menganjur/menyelia kegiatan agama di asrama.

 

 

4.                  KURIKULUM AGAMA

 

4.1.            Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran agama.

 

4.2.            Membantu dalam pengurusan Kursus Agama.

 

 

 

 

 

 

 

5.                  KO-KURIKULUM AGAMA

 

5.1.            Menyelaraskan Majlis Kegiatan Agama Daerah (MAKDIS).

 

5.2.            Pengelolaan projek khas agama seperti Kelas Al-Quran, Musabaqah, Syarahan dan lain-lain.

 

 

6.                  TUGAS TAMBAHAN

 

6.1.            Mengawas kegiatan PIBG sekolah-sekolah.

 

6.2.            Bekerjasama dengan pihak lain seperti Jabatan Agama, Unit Dakwah dan lain-lain pihak dalam hal-hal keagamaan di mana perlu.

 

6.3.            Menguruskan maklumat dan rekod guru-guru agama.

 

6.4.            Mewakili JPNP/PPD dalam mesyuarat yang berkaitan dengan agama dalam daerah.

 

6.5.            Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENYELARAS KOKURIKULUM

 

1.         BIDANG TUGAS AM

 

1.1.            Bertanggungjawab kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah mengenai penyeliaan dan penyelarasan Kegiatan Sukan/Olahraga di Sekolah Menengah dan Rendah.

 

1.2.            Membantu hal-hal pentadbiran dan penyusunan sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

 

1.3.            Setiausaha tetap MSSD (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah).

 

 

2.                  PENYELARASAN KOKURIKULUM (SUKAN / OLAHRAGA)

 

2.1.            Menyelaraskan kegiatan PSKPP.

 

2.2.            Menyelaraskan sukan dan olahraga tahunan peringat daerah.

 

2.3.            Menyelaraskan kegiatan / perjalanan MKPP

 

2.4.            Lain-lain.

 

 

3.                  PENYELIAAN KE SEKOLAH

 

3.1.            Menyelia kegiatan/perjalanan sukan di sekolah-sekolah

 

3.2.            Menyelia perjalanan Pendidikan Jasmani di sekolah rendah dan menengah.

 

 

4.                  PENGURUSAN KURSUS DAN PERTANDINGAN

 

4.1.            Pengurusan pertandingan Muzik dan Kebudayaan

 

4.2.            Pengurusan kursus sukan dan kebudayaan di peringkat daerah.

 

 

5.                  TUGAS TAMBAHAN

 

5.1.      Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah dari masa ke semasa.