Make your own free website on Tripod.com

 

PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

 

 

1.         BIDANG TUGAS AM

 

1.1              Bertanggungjawab dan membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

 

1.2.            Menyelaraskan dan menyelia perjalanan Sekoleh Menengah dengan bantuan penyelia-penyelia sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran, kurikulum dan Ko-Kurikulum.

 

 

2.                  PERKHIDMATAN / TADBIRAN

 

2.1.            Menyokong dan mengesahkan borang-borang pengesahan dalam jawatan bagi guru-guru kat. C2 ke bawah serta kakitangan yang lain.

 

2.2              Kelulusan cuti tanpa rekod dan cuti sambilan guru-guru dan kakitangan serta cuti rehat Guru Besar semasa cuti penggal.

 

2.1.      Urusan permohonan Peperiksaan Am Kerajaan.

 

2.2.      Membuka dan menyimpan salinan fail persendirian bagi guru-guru dan

kakitangan sekolah.

 

2.3.      Pengesahan tuntutan-tuntutan berikut:-

 

2.3.1.      Perbatuan Guru Besar.

 

2.3.2.      Penyeliaan penyimpan Akaun Sekolah / Asrama dan urusan penyediaan pengoditan.

 

2.3.3.      Penyemakan Buku-buku Stok Sekolah.

 

2.3.4.      Urusan pelupusan harta kerajaan.

 

2.3.5.      Menyemak / menyokong cadangan lawatan Guru Besar.

 

 

 

 

 

 

3.         PERANCANGAN PEMBANGUNAN / BEKALAN

 

3.1.            Menentukan keperluan penyelenggaraan Sekolah Menengah.

 

3.2              Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang kurang

            daripada RM 20,000.00

 

3.3.      Menyelaraskan pesanan / bekalan perabut dan menyemak stok bekalan.

 

3.4.      Penilaian tentang pembangunan, pembekalan dan penyelenggaraan dari

                        segi mutu dan kerja yang disiapkan.

 

 

 

4.            PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH / GURU

 

4.1.            Kelulusan permohonan cuti peristiwa.

 

4.2.            Kelulusan permohonan menggunakan bangunan dan harta benda sekolah /  kerajaan.

 

4.3.            Pengesahan permohonan Sijil Kebenaran Mengajar dan permohonan Pendaftaran Guru (Buku Biru)

 

 

5.                  PENYELIA SEKOLAH

 

5.1.            Perakuan serta penempatan guru-guru dalam Daerah dan Negeri bagi sekolah menengah.

 

5.2.            Penyeliaan dan pengawasan keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perjalanan harian sekolah.

 

5.3.            Mengawasi disiplin guru.

 

5.4.            Mengawasi latihan mengajar guru-guru dalam latihan.

 

5.5.            Mengadakan orientasi bagi guru-guru yang baru mula tugas.

 

 

 

 

 

 

 

 

6.                  KURIKULUM

 

6.1.            Pengawasan dan pemeriksaan sekolah mengenai pengajaran dan pembelajaran serta menentukan Peraturan Kursus Pengajian Sekolah, Sukatan Pelajaran, Jadual Waktu dan lain-lain arahan Kementerian dan Jabatan Pendidikan dilaksanakan.

 

6.2.            Pengawasan terhadap Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

 

6.3.            Menjalankan tindak ikut Jemaah Nazir Sekolah.

 

 

7.                  TUGAS TAMBAHAN

 

7.1.            Penyelarasan upacara-upacara rasmi sekolah seperti Hari Ucapan, Sukan Tahunan, Mesyuarat PIBG dan Hari Guru di Sekolah Menengah.

 

7.2.            Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh PPD dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENYELIA KANAN (PPPLD DGA34)

 

1.         BIDANG TUGAS AM

 

1.1.            Bertanggungjawab kepada PPD dan membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah sebagaimana yang diarahkan oleh PPD.

 

1.2.            Menyelaraskan dan menyelia perjalanan Sekolah Rendah dengan bantuan penyelia-penyelia sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran, kurkulum dan ko-kurikulum.

 

 

2.                  PERKHIDMATAN / TADBIRAN

 

2.1.            Menyokong dan mengesahkan borang-borang pengesahan dalam jawatan bagi guru-guru Kat. DGA29 ke bawah serta kakitangan yang lain.

 

2.2.            Pengurusan temuduga bagi perlantikan kakitangan bukan guru (Kumpulan IMG) dan pembantu sambilan.

 

2.3.            Kelulusan Pengambilan Guru Ganti.

 

2.4.            Perakuan pertukaran dan penempatan guru-guru Sekolah Rendah dalam Daerah dan Negeri.

 

2.5.            Membuat laporan nasihat untuk tindakan tatatertib guru dan kakitangan sekolah.

 

2.6.            Membuka dan menyimpan salinan fail persendirian bagi guru-guru dan kakitangan sekolah.

 

2.7.            Penyeliaan penyimpan Akaun Sekolah / Asrama Sekolah dan urusan penyediaan pengoditan.

 

2.8.            Pengesahan tuntutan berikut:-

 

2.8.1.      Elaun perbatuan Guru Besar Sekolah Rendah.

 

2.8.2.      Tuntutan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan.

 

 

2.9.            Menyokong cadangan lawatan Guru Besar Sekolah Rendah.

 

2.10.    Penyemakan Buku Stok Sekolah.

 

3.                  HAL EHWAL MURID

 

3.1.            Penyeliaan urusan  murid-murid Sekolah Rendah serta penyiasatan aduan-aduan.

 

3.2.            Penyeliaan mengenai penyediaan Amalan Makanan dan Pemakanan.

 

 

4.         PERANCANGAN PEMBANGUNAN / BEKALAN

 

            4.1.      Menentukan keperluan penyelenggaraan Sekolah Rendah.

 

4.2.      Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang kurang

            daripada RM 5,000.00

 

 

5.            PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH / GURU

 

5.1.            Perakuan serta penempatan guru-guru dalam daerah dan negeri bagi sekolah rendah.

 

5.2.            Penyelian dan pengawasan keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perjalanan harian sekolah.

 

5.3.            Mengawas disiplin guru.

 

5.4.            Mengawasi latihan mengajar guru-guru dalam latihan.

 

 

6.                  PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

 

6.1.            Pencalonan pengawal yang akan menjalankan kerja-kerja pengawasan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah.

 

6.2.            Melawat dan menyelia pusat-pusat peperiksaan bagi menentukan kelicinan peperiksaan dan keselamatan.

 

6.3.            \Mengambil tindakan yang sesuai bagi mengatasi masalah dalam kecemasan.

 

 

 

 

 

 

 

7.                  KURIKULUM

 

7.1.            Pengawasan dan pemeriksaan sekolah mengenai pengajaran dan pembelajaran serta menentukan Peraturan Kursus Pengajaran Pengajian Sekolah, Sukatan Pelajaran, Jadual Waktu dan lain-lain arahan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan dilaksanakan.

 

 

7.2.            Pengawasan terhadap perjalanan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

 

7.3.            Penyeliaan pengajaran Bahasa Ibunda.

 

7.4.            Menjalankan tindak ikut Jemaah Nazir Persekutuan.

 

 

8.                  KO-KURIKULUM

 

8.1.            Penyeliaan / penyelarasan yang berkaitan dengan Ko-kurikulum di sekolah dan di Peringkat Daerah.

 

 

9.                  Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh PPD dari semasa ke semasa.