Make your own free website on Tripod.com

PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

PENGURUSAN AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

 

1.         BIDANG TUGAS AM

 

1.1      Bertanggungjawab dan membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

 

1.2       Menyelaraskan dan menyelia perjalanan Sekolah Menengah dengan bantuan penyelia-penyelia sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran, Kurilukulum dan Ko-Kurikulum.

 

 

2.         HAL EHWAL MURID

 

2.1.      Penyeliaan perjalanan / pengurusan / penyelarasan asrama sekolah.

 

2.2.      Penyeliaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan pentadbiran

                        rekod yang berkaitan seperti Kad Himpunan.

 

 

3.         PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

 

3.1.            Pencalonan pegawai yang menjalankan kerja-kerja penyeliaan pengawasan sekolah menengah.

 

3.2.            Menyampaikan maklumat tentang kemudahan-kemudahan seperti pusat peperiksaan, tempat mengadakan taklimat dan lain-lain.

 

3.3.            Mengagihkan Borang Masuk kepada calon-calon persendirian dan memberi penerangan kepada mereka.

 

3.4.            Melawat dan menyelia pusat-pusat peperiksaan bagi menentukan kelicinan perjalanan peperiksaan dan keselamatan.

 

4.                  KURIKULUM

 

4.1.            Pengawasan dan pemeriksaan sekolah mengenai pengajaran dan pembelajaran serta menentukan Peraturan Kursus Pengajian Sekolah, Sukatan Pelajaran, Jadual Waktu dan lain-lain.

 

4.2.            Pengawasan terhadap perjalanan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

 

4.3.            Penyeliaan Pengajaran Bahasa Ibunda.

 

4.4.            Menjalankan tindak ikut Jemaah Nazir Sekolah.

 

 

5.                  TEKNOLOGI PENDIDIKAN

 

5.1.            Lawatan dan penyeliaan sekolah-sekolah tentang pengurusan Perpustakaan Sekolah dan Perkhidmatan Sebaran Pendidikan.

 

5.2.            Tindakan yang sesuai bagi mengatasi masalah kemajuan serta kekesanan penggunaan Perkhidmatan Sebaran Pendidikan dan Perpustakaan Sekolah.

 

 

6.                  TUGAS TAMBAHAN

 

6.1.            Penyediaan Laporan Tahunan Daerah.

 

6.2              Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh PPD dari masa ke semasa.